Pengikut

Sekapur Sirih

SELAMAT DATANG kepada pengunjung blog Galeri Segenta Alam dan dengan kalimah BISMILLAHIROHMANIROHIM Pak Tam mulakannya.

Sesungguhnya batu, kayu, wafak, keris, pedang atau senjata-senjata lainya maupun apa saja benda tidak mampu untuk menyembuhkan atau melindungi seseorg itu. Hanya Allah swt jugalah yang Maha segala galanya. Jadi jangan percaya kepada benda-benda sedemikian, tetapi sesuatu yang terjadi atau dijadikan ada sebab dan musababnya…………Ianya tidak jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

BERUSAHA, BERIKHTIAR, BERDOA DAN BERTAWAKAL……..adalah tonggak mencapai kejaayaan dan semoga apa yang dilakukan oleh kita sentiasa diberkati dan diredhoi Allah swt………….AMINN.

Note:

Kebanyakkan koleksi di dalam blog ini adalah utk. tatapan, namun jika anda berminat utk dijadikan koleksi peribadi, ianya boleh diperbincangkan dan jika kena dengan permintaan dan jodoh anda, ianya boleh dimaharkan. Sememangnya ada dikalangan barang-barang ini yg. ada dalam simpanan Pak Tam lebih dari satu.

Jadi jika terdapat sebarang persoalan dan pertanyaan, sila berhubung terus dgn Pak Tam.

H/p : 017 528 8655

Email : paktam.ishak@gmail.com




Isnin, 14 November 2011

MINYAK ZAFARON DARI GUNUNG JERAI


Minyak ini mempunyai 1001 macam khasiat kegunaanya

Minyak Zafaron ini Pak Tam dapat d Gunung Jerai suatu ketika dulu.......walaupon dapat d tempat yg sama, tetapi pemberiannya dari org yg berbeza dan harinya juga berbeza........tetapi kedua-2nya adalah penghuni Gunung Jerai, gunung lagenda yg menyimpan 1001 misteri dari dulu hingga sekarang.

TONGKAT SULUR BERTAM





Sulor bertam ini adalah pemberian dari seorg sahabat dari ipoh, sewaktu kunjungan Pak Tam satu ketika dulu. Terima kasih Tok Ku......atas pemberian

KERIS JAWA








Keris ini merupakan antara keris kesayangan Pak Tam, bilah keris ini merupakan bilah besi lama cuma sarung dan hulunya saja yg baru. Panjangnya lebih kurang 36cm dari hulu ke hujung mata.

Ahad, 13 November 2011

TALI PINGGANG BESI ANTIK




Tali pinggang besi ini boleh la dikatakan antik.....tapi antik ke? mungkin fesyen je antik....hehehe.Tali pinggang besi ini Pak Tam dapat dari seorg sahabat yang dipindah milik kepada Pak Tam kerana dia tahu Pak Tam suka kumpul barang lama.Tali pinggang besi ni tak pasti la lama ke baru...sbb dia nampak baru mungkin sbb berjaga kot.Tali pinggang ini populer d sekitar 60an dan 70an,ketika itu baju kebaya dan kain sarung batik menjadi kegilaan wanita melayu pada zaman tersebut.Tali pinggang ini digunakan untuk mengetatkan ikatan kain yang dipakai,seperti mana Haji-Haji pakai tali pinggang besar dengan pelikat.Kalau tak pakai tali pinggang ni alamat kalau berjalan mesti terburai kain.
Masa terus beredar, pada akhir 70an dan awal 80an wanita-wanita melayu tidak nampak lagi memakai baju kebaya dan sarung batik kerana pemakaian baju kurung menggantikannya dan begitu popular dikalangan wanita baik yang remaja atau orang dewasa sehinggalah sekarang.Kalau ada yang memakainya pun mungkin nenek-nenek atau moyang-moyang kita dan nyonya Melaka.Maka tali pinggang ini menjadi bahan sejarah fesyen wanita zaman dulu-dulu
Ada juga tali pinggang seperti ini dibuat daripada tembaga dan harganya lebih mahal sedikit daripada besi.Tali pinggang tembaga hanya yang berkemampuan sahaja dapat memilikinya.
Tali pinggang tembaga ini berukuran 86cm panjang.