

Tali pinggang besi ini boleh la dikatakan antik.....tapi antik ke? mungkin fesyen je antik....hehehe.Tali pinggang besi ini Pak Tam dapat dari seorg sahabat yang dipindah milik kepada Pak Tam kerana dia tahu Pak Tam suka kumpul barang lama.Tali pinggang besi ni tak pasti la lama ke baru...sbb dia nampak baru mungkin sbb berjaga kot.Tali pinggang ini populer d sekitar 60an dan 70an,ketika itu baju kebaya dan kain sarung batik menjadi kegilaan wanita melayu pada zaman tersebut.Tali pinggang ini digunakan untuk mengetatkan ikatan kain yang dipakai,seperti mana Haji-Haji pakai tali pinggang besar dengan pelikat.Kalau tak pakai tali pinggang ni alamat kalau berjalan mesti terburai kain.
Masa terus beredar, pada akhir 70an dan awal 80an wanita-wanita melayu tidak nampak lagi memakai baju kebaya dan sarung batik kerana pemakaian baju kurung menggantikannya dan begitu popular dikalangan wanita baik yang remaja atau orang dewasa sehinggalah sekarang.Kalau ada yang memakainya pun mungkin nenek-nenek atau moyang-moyang kita dan nyonya Melaka.Maka tali pinggang ini menjadi bahan sejarah fesyen wanita zaman dulu-dulu
Ada juga tali pinggang seperti ini dibuat daripada tembaga dan harganya lebih mahal sedikit daripada besi.Tali pinggang tembaga hanya yang berkemampuan sahaja dapat memilikinya.
Tali pinggang tembaga ini berukuran 86cm panjang.