Pengikut

Sekapur Sirih

SELAMAT DATANG kepada pengunjung blog Galeri Segenta Alam dan dengan kalimah BISMILLAHIROHMANIROHIM Pak Tam mulakannya.

Sesungguhnya batu, kayu, wafak, keris, pedang atau senjata-senjata lainya maupun apa saja benda tidak mampu untuk menyembuhkan atau melindungi seseorg itu. Hanya Allah swt jugalah yang Maha segala galanya. Jadi jangan percaya kepada benda-benda sedemikian, tetapi sesuatu yang terjadi atau dijadikan ada sebab dan musababnya…………Ianya tidak jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

BERUSAHA, BERIKHTIAR, BERDOA DAN BERTAWAKAL……..adalah tonggak mencapai kejaayaan dan semoga apa yang dilakukan oleh kita sentiasa diberkati dan diredhoi Allah swt………….AMINN.

Note:

Kebanyakkan koleksi di dalam blog ini adalah utk. tatapan, namun jika anda berminat utk dijadikan koleksi peribadi, ianya boleh diperbincangkan dan jika kena dengan permintaan dan jodoh anda, ianya boleh dimaharkan. Sememangnya ada dikalangan barang-barang ini yg. ada dalam simpanan Pak Tam lebih dari satu.

Jadi jika terdapat sebarang persoalan dan pertanyaan, sila berhubung terus dgn Pak Tam.

H/p : 017 528 8655

Email : paktam.ishak@gmail.com




Memaparkan catatan dengan label Barang Perhiasan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Barang Perhiasan. Papar semua catatan

Rabu, 30 Januari 2013

REZEKI DARI GUNUNG TUNGGAL

Inilah antara barang yg dapat d keluarkan malam ini 30.01.13 jam 10.00pm dari Gunung Tunggal.

Ahad, 13 November 2011

TALI PINGGANG BESI ANTIK




Tali pinggang besi ini boleh la dikatakan antik.....tapi antik ke? mungkin fesyen je antik....hehehe.Tali pinggang besi ini Pak Tam dapat dari seorg sahabat yang dipindah milik kepada Pak Tam kerana dia tahu Pak Tam suka kumpul barang lama.Tali pinggang besi ni tak pasti la lama ke baru...sbb dia nampak baru mungkin sbb berjaga kot.Tali pinggang ini populer d sekitar 60an dan 70an,ketika itu baju kebaya dan kain sarung batik menjadi kegilaan wanita melayu pada zaman tersebut.Tali pinggang ini digunakan untuk mengetatkan ikatan kain yang dipakai,seperti mana Haji-Haji pakai tali pinggang besar dengan pelikat.Kalau tak pakai tali pinggang ni alamat kalau berjalan mesti terburai kain.
Masa terus beredar, pada akhir 70an dan awal 80an wanita-wanita melayu tidak nampak lagi memakai baju kebaya dan sarung batik kerana pemakaian baju kurung menggantikannya dan begitu popular dikalangan wanita baik yang remaja atau orang dewasa sehinggalah sekarang.Kalau ada yang memakainya pun mungkin nenek-nenek atau moyang-moyang kita dan nyonya Melaka.Maka tali pinggang ini menjadi bahan sejarah fesyen wanita zaman dulu-dulu
Ada juga tali pinggang seperti ini dibuat daripada tembaga dan harganya lebih mahal sedikit daripada besi.Tali pinggang tembaga hanya yang berkemampuan sahaja dapat memilikinya.
Tali pinggang tembaga ini berukuran 86cm panjang.

Sabtu, 7 Mei 2011

KAKI LILIN TEMBAGA ANTIK



Bekas kaki lilin tembaga antik..memang cantik konditionnya...kalu di polish lagi cun untuk display antik

TALI PINGGANG TEMBAGA ANTIK



TALI PINGGANG TEMBAGA INI BERUKURAN 86cm PANJANG.
DIGUNAKAN OLEH ORG DULU SEKITAR TAHUN 60AN DAN GOLONGAN BABA NYONYA.

Rabu, 23 September 2009


Baju Wafak dan Kain Ikat Kepala Berwafak ini aku dapat dari seorg tua yg tidak dikenali sewaktu mengunjungi Pulau Langkawi pada bulan puasa yg lalu. Org tua tersebut tiba-2 menegur aku dan memberi satu bungkusan surat kabar dan terus berlalu meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-2, memandangkan aku nak segera menaiki ferry untuk pulang maka bungkusan itu aku terus masukkan dlm beg aku je......semasa berada dlm ferry baru aku buka bungkusan tersebut.....apa yg terlihat adalah baju wafak dan kain ikat kepala berwafak........walau bagaimanapon aku bersyukur ada juga tandamata dari langkawi........walaupon didalam fikiran aku timbul berbagai persoalan.........

Ahad, 5 Julai 2009

Secebis Kain Kelambu Kaabah



Hanya ini saja yg tinggal. Dulu PT dapat banyak.....tapi telah dipidah milik kepada kawan-2.....maka yg tinggil hanya sebesar ini sebagai kenangan. Yg Hitam (Luar) dan Putih (Dalam).

Rabu, 17 Jun 2009

Cucuk Sanggul



Cucuk sanggul jenis ini biasanya digunakan juga sebagai senjata rahsia di saat kecemasan sebagai mempertahankan diri. Ianya adalah pemberian dari alam sebelah sebagai tandamata.

Telah di Maharkan - Terima Kasih

Cucuk Sanggul Puteri Bunian

Khamis, 11 Jun 2009

Tasbih Perak





Tasbih Perak ini merupakan pemberian tandamata dari Alam Sebelah.

Telah di Maharkan - Terima Kasih

Gelang Puteri Bunian